SUCCESS
(SUSTAINABLE ACCELERATE SCHEME)

New Illustration (PUNB)-01.jpg

Apa itu SUstainable aCCElerate Scheme (SUCCESS)?

SUCCESS merupakan inisiatif terbaharu yang ditawarkan khas kepada Rakan Usahawan PUNB bagi memastikan kelangsungan dan kelestarian perniagaan usahawan dalam mendepani cabaran era pandemik serta fasa pemulihan ekonomi.

PAKEJ PEMBIAYAAN

Jumlah Pembiayaan

RM 100,000 hingga RM1,000,000

Skop Pembiayaan

a) Modal kerja :

  • Pembelian stok

  • Caj pembiayaan yang akan dikenakan

b) Perbelanjaan operasi (3 bulan maksimum)

Tempoh Pembiayaan

5 tahun maksimum  (termasuk 3 bulan tempoh penangguhan ke atas prinsipal sahaja)

Kadar Keuntungan

3.5% setahun berdasarkan kadar baki bulanan 

Tempoh Ketersediaan Pembiayaan

Bermula dari tarikh pengumuman atau/sehingga keseluruhan pembiayaan telah disalurkan (mana-mana yang terdahulu).

SYARAT KELAYAKAN

1.    Terbuka kepada Rakan Usahawan PUNB sedia ada sahaja 
2.    Hanya usahawan utama dibenarkan memohon
3.    Had kelayakan umur pemohon adalah tertakluk kepada had maksima perlindungan takaful
4.    Pemohon perlu memohon menggunakan syarikat yang sama seperti permohonan pembiayaan terdahulu 
5.    Rekod kewangan yang memuaskan

SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

  1. Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan mengikut format yang telah disediakan)

  2. Laporan jualan bulanan bagi tahun 2020 dan 2021 (sehingga bulan terkini). Sila isi di ruangan yang disediakan pada bahagian Rancangan Perniagaan

  3. Penyata akaun bank bagi tempoh 6 bulan terkini

  4. Borang kebenaran semakan rekod kredit (PDP1 & PDP2)

  5. Salinan Kad Pengenalan pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (ditanda palang “Untuk kegunaan PUNB sahaja”)

  6. Lesen perniagaan dari PBT/lesen khas dan lain-lain (bagi Sabah dan Sarawak sahaja)

  7. Surat tawaran kerja kontrak yang diterima dan senarai/bukti projek-projek terdahulu (sekiranya ada dan berkaitan)

PROSES PERMOHONAN

  1. Pemohon menghantar permohonan beserta dokumen diperlukan secara dalam talian di portal SUCCESS, www.punbbiz.com.my/success

  2. Pegawai PUNB akan menyemak dan menilai dokumen permohonan bagi proses kelulusan oleh Jawatankuasa Penilaian

  3. Setelah selesai proses semakan dan penilaian, PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, e-mel atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya; tandatangan dan serahan surat tawaran pembiayaan.

  4. Setelah kesemua dokumen & syarat pengeluaran dana dipenuhi dan mendapat kelulusan, PUNB akan menyalurkan pembiayaan kepada usahawan yang layak bagi tujuan yang telah dipersetujui.

    *Tempoh proses permohonan adalah maksimum 3 minggu (waktu bekerja) berdasarkan penyerahan dokumen yang lengkap

CAJ YANG AKAN DIKENAKAN: 
(ditolak daripada pembiayaan)

  1. Pemprosesan

  2. Dokumentasi

  3. Setem Duti

  4. 1 bulan deposit sekuriti

  5. Perlindungan takaful untuk pembiayaan

  6. 1 tahun perlindungan takaful untuk premis (kebakaran & kecurian/pecah masuk) maksimum RM2,000

SOALAN LAZIM

1. Apakah SUstainable aCCElerate Scheme (SUCCESS)?


SUCCESS merupakan inisiatif terbaharu yang ditawarkan khas kepada Rakan Usahawan PUNB bagi memastikan kelangsungan dan kelestarian perniagaan usahawan dalam mendepani cabaran era pandemik serta fasa pemulihan ekonomi.




2. Berapakah kadar keuntungan SUCCESS?


Kadar keuntungan yang dikenakan ialah 3.5% setahun berdasarkan kadar baki bulanan.




3. Bagaimanakah cara pembayaran pembiayaan?


Pembayaran boleh dilakukan melalui perbankan dalam talian atau JomPAY.




4. Berapa lamakah tempoh pembiayaan SUCCESS?


Tempoh pembiayaan SUCCESS adalah sehingga 60 bulan atau 5 tahun termasuk 3 bulan tempoh penangguhan ke atas prinsipal sahaja.




5. Bolehkah SUCCESS yang diluluskan digunakan untuk membuat pembayaran pembiayaan sedia ada dengan mana-mana institusi kewangan lain?


Tidak boleh. Pembiayaan SUCCESS tidak boleh digunakan untuk membuat pembayaran pembiayaan bagi mana-mana kredit/ pinjaman/ pembiayaan sedia ada dengan institusi kewangan lain




6. Apakah syarat-syarat yang diperlukan bagi permohonan SUCCESS?


a) Terbuka kepada Rakan Usahawan PUNB sedia ada sahaja
b) Hanya usahawan utama dibenarkan memohon
c) Had kelayakan umur pemohon adalah tertakluk kepada had maksima perlindungan takaful
d) Pemohon perlu memohon menggunakan syarikat yang sama seperti permohonan pembiayaan terdahulu
e) Rekod kewangan yang memuaskan




7. Apakah dokumen yang diperlukan untuk permohonan SUCCESS?


a) Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan mengikut format yang telah disediakan).
b) Laporan jualan bulanan bagi tahun 2020 dan 2021 (sehingga bulan terkini). Sila isi di ruangan yang disediakan pada bahagian Rancangan Perniagaan.
c) Penyata akaun bank bagi tempoh 6 bulan terkini.
d) Borang kebenaran semakan rekod kredit (PDP1 & PDP2)
e) Salinan Kad Pengenalan pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (ditanda palang “Untuk kegunaan PUNB sahaja”)
f) Lesen perniagaan dari PBT/lesen khas dan lain-lain (bagi Sabah dan Sarawak sahaja)
g) Surat tawaran kerja kontrak yang diterima dan senarai/bukti projek-projek terdahulu (sekiranya ada dan berkaitan)




8. Bagaimanakah saya ingin memohon pembiayaan SUCCESS?


Anda boleh membuat permohonan pembiayaan secara dalam talian di portal SUCCESS di pautan www.punbbiz.com.my/success. Sila muat naik dokumen yang lengkap untuk penghantaran permohonan.




9. Adakah saya perlu membayar sebarang yuran?


Ya. Anda perlu membayar yuran pemprosesan, dokumentasi, setem duti, 1 bulan deposit sekuriti, perlindungan bagi takaful pembiayaan dan takaful 1 tahun ke atas premis perniagaan (kebakaran & kecurian/pecah masuk) maksimum sebanyak RM2,000 jika permohonan diluluskan dan diterima. Kesemua yuran ini akan ditolak daripada pembiayaan.




10. Bagaimanakah PUNB menyalurkan dana kepada Rakan Usahawan yang berjaya?


Penyaluran dana adalah mengikut skop pembiayaan seperti berikut:
a) Modal kerja:
i. Pembiayaan akan disalurkan terus ke dalam akaun pembekal atau pihak berkaitan beserta invois seperti yang diluluskan
ii. Pembayaran pembiayaan ke dalam akaun syarikat bagi pembelian atau urus niaga yang telah dilakukan 3 bulan ke belakang dari tarikh permohonan beserta bukti pembayaran
b) Perbelanjaan operasi:
Pembiayaan akan disalurkan terus ke dalam akaun syarikat mengikut keperluan bulanan perbelanjaan operasi




11. Bolehkah pemilik perniagaan memohon tempoh penangguhan lebih daripada 3 bulan?


Tidak. Tempoh penangguhan adalah selama 3 bulan sahaja.




12. Bolehkah saya memohon pembiayaan tambahan SUCCESS sekiranya memerlukan?


Tiada pembiayaan tambahan dibenarkan. Kelulusan hanya diberikan sekali sahaja kepada setiap syarikat




13. Apakah cagaran yang diperlukan bagi SUCCESS?


Tiada sebarang cagaran diperlukan.




14. Saya ingin membuat penyelesaian awal pembiayaan. Adakah saya dibenarkan berbuat demikian?


Ya. Anda boleh membuat penyelesaian awal pembiayaan.




15. Adakah saya akan dikenakan sebarang caj untuk membuat penyelesaian awal pembiayaan?


Tiada sebarang caj dikenakan untuk penyelesaian awal pembiayaan.




16. Jika permohonan saya tidak lengkap, berapa lamakah tempoh diberikan bagi penghantaran semula dokumen?


Anda diberi tempoh selama 7 hari untuk menghantar dokumen yang diperlukan. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses. Walau bagaimanapun, permohonan baharu beserta dokumen dan informasi lengkap boleh dihantar sekiranya masih berminat.




17. Akaun pembiayaan PUNB saya berstatus Penjadualan & Penstrukturan Semula (R&R). Adakah saya layak untuk memohon SUCCESS?


Ya. Anda layak untuk memohon tetapi pembiayaan bagi penjadualan dan penstrukturan semula tersebut haruslah dibayar tepat pada masa.




18. Adakah akaun kemudahan pembiayaan sedia ada akan digabungkan bersama akaun SUCCESS?


Tidak. Kedua-dua akaun akan diuruskan secara berasingan.




19. Saya dimaklumkan bahawa permohonan SUCCESS telah diluluskan. Apakah proses seterusnya?


Sekiranya permohonan lulus, pegawai PUNB akan menghubungi anda bagi proses seterusnya. Sila rujuk Proses Permohonan di portal SUCCESS




20. Bolehkah saya memohon pembiayaan melalui orang ketiga atau ejen?


Tidak boleh. Sebarang permohonan yang bukan daripada pemilik/ pengarah/ pemegang saham syarikat yang sah tidak akan diproses.




21. Adakah saya perlukan penjamin daripada pihak ketiga untuk memohon SUCCESS?


Tidak. Hanya pemohon/pengarah/pemegang saham syarikat yang akan menjadi penjamin bagi pembiayaan.




22. Berapa lamakah tempoh bagi keputusan permohonan SUCCESS?


Tempoh bagi penilaian dan kelulusan permohonan SUCCESS adalah dalam jangka masa 3 minggu waktu bekerja beserta penyerahan dokumen yang lengkap.





Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300 13 7862 atau emel kami di customerservice@punb.com.my