SPUR 2.o
(SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN
TERKESAN COVID-19) 2.0
Pembiayaan maksima RM 100,000
-01.jpg)
Untuk semak status permohonan SPUR 2.0, sila klik di sini
PENGENALAN
Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 2.0 atau SPUR 2.0 merupakan sebuah inisiatif lanjutan daripada SPUR yang telah diperkenalkan oleh PUNB pada 7 Mei 2021 dalam usaha membantu individu Bumiputera yang ingin dan telah menceburi bidang perniagaan akibat kehilangan pekerjaan ekoran penularan wabak COVID-19.
OBJEKTIF
-
Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.
-
Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan.
-
Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan.
-
Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi.
PAKEJ PEMBIAYAAN
Jumlah Pembiayaan
Pembiayaan maksima
RM 100,000
Tempoh Pembiayaan
Sehingga 5.5 tahun
(termasuk 6 bulan moratorium)
Kadar Keuntungan
3.5% setahun berdasarkan
kadar baki bulanan
SYARAT KELAYAKAN
Usahawan
-
Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19
-
Berumur antara 18 hingga 55 tahun ketika memohon
-
Pemohon mestilah pemilik atau pemegang saham utama syarikat/perniagaan
-
Pemohon perlulah mengikut format permohonan yang telah ditetapkan di portal SPUR
Perniagaan
-
Ingin memulakan perniagaan atau telah beroperasi
-
Menjalankan perniagaan sepenuh masa
-
Dimiliki dan diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera
-
Entiti milikan tunggal/perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/Sendirian Berhad
-
Perniagaan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan
-
Tidak bercanggah dengan prinsip Syariah
-
Keutamaan diberikan kepada yang telah mula menjalankan perniagaan
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Untuk Tujuan Permohonan:
A) Perniagaan Yang Telah Beroperasi
-
Surat/bukti pemberhentian kerja beserta pengesahan penerimaan surat (mula diberhentikan kerja dari Januari 2020)
-
Rancangan Perniagaan (pemohon perlu mengisi maklumat diperlukan semasa permohonan mengikut format yang telah ditetapkan)
-
Salinan Kad Pengenalan pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (ditanda palang “Untuk kegunaan PUNB sahaja”)
-
Gambar berukuran pasport pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (kemas dan berkolar bagi lelaki)
-
Penyata akaun transaksi perniagaan atau rekod jualan perniagaan bagi tempoh 3 bulan terkini
-
Pendaftaran syarikat:
-
Pendaftaran Enterpris – Borang D (Milikan Tunggal/Perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (LLP))
-
Sendirian Berhad – Borang 9, 24, 44, 49, 32A, M&A atau Seksyen 17, 78, 46(3), 58, (Sdn Bhd), 105, Perlembagaan atau yang setara
B) Baru Ingin Memulakan Perniagaan
-
Salinan Kad Pengenalan pemohon, rakan kongsi, pengarah syarikat, pemegang saham (ditanda palang “Untuk kegunaan PUNB sahaja”)
-
Surat /bukti pemberhentian kerja beserta pengesahan penerimaan surat (mula diberhentikan kerja dari Januari 2020)
C) Video syarikat dan perniagaan (pemohon hanya perlu sediakan pautan). Spesifikasi video adalah seperti berikut:
-
Video dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
-
Sumber pautan dari YouTube (video haruslah terus kekal berada di YouTube sehingga keputusan permohonan pembiayaan diperolehi)
-
Durasi maksimum video selama 3 minit
-
Pengenalan latar belakang perniagaan dan syarikat
-
Penerangan tentang produk atau perkhidmatan ditawarkan
-
Keistimewaan produk atau perkhidmatan
-
Video haruslah kreatif dan menarik
Nota:
PUNB berhak untuk menolak permohonan sekiranya maklumat yang diberikan tidak lengkap atau tidak mengikut format yang telah ditetapkan
Untuk Tujuan Penyaluran Pembiayaan:
-
Sijil Perniagaan SSM/Sijil Profesional
-
Invois sebut harga
-
Penyata akaun bank - bukti nombor akaun syarikat/perniagaan
-
Surat Kebenaran Akad
-
Surat Akujanji
-
Notis Pengeluaran
-
Resolusi Lembaga Pengarah (Sendirian Berhad) – penerimaan kemudahan pembiayaan
-
Surat Persetujuan Penerimaan Pembiayaan (LLP)
-
Data Perlindungan Peribadi (PDP2)
PROSES PERMOHONAN
-
Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu di butang DAFTAR SEKARANG sebelum membuat permohonan pembiayaan.
-
Setelah mendaftar, pemohon perlu memuat naik dokumen dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian. Sila pastikan pemohon menghantar dokumen yang lengkap mengikut kategori pilihan pembiayaan.
-
PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, emel atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya iaitu menandatangan dan serahan surat tawaran pembiayaan.
PENGELUARAN DANA
Setelah kesemua dokumen dan syarat pengeluaran dana dipenuhi, PUNB akan menyalurkan pembiayaan kepada usahawan yang layak bagi tujuan yang telah dipersetujui.
*tempoh proses permohonan adalah maksimum 4 minggu waktu bekerja
SEKTOR PEMBIAYAAN
Sektor Dibiaya
-
Perniagaan dalam bidang peruncitan
-
Sistem & automasi
-
Kesihatan
-
Hospitaliti
-
Penggerak perniagaan (pembangunan perisian, logistik, penggudangan & perkhidmatan penghantaran)
-
Kreatif (kraftangan, cenderahati, seni lukis, seni halus (kaligrafi), animasi (infografik), hiasan dalaman dan fesyen)
Sektor Tidak Dibiaya
-
Pertanian & perlombongan
-
Perumahan & hartanah (aktiviti perniagaan melibatkan kerja-kerja pembinaan)
-
Kewangan (Pembiayaan dan pajakan samada produk kewangan/bukan kewangan, bitcoin, dagangan wang asing (forex), pajak gadai dan perkhidmatan kiriman wang)
KEISTIMEWAAN PEMBIAYAAN
1. Latihan dan Pembangunan Usahawan
Kursus dan latihan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.
2. Sewaan Hartanah PUNB
Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan
yang kompetitif.
3. Ibra’ Pembiayaan
Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan akan diberikan kepada pembayar pembiayaan
yang baik (tertakluk kepada terma & syarat)
CAJ YANG AKAN DIKENAKAN:
(ditolak daripada pembiayaan)
-
Yuran pentadbiran
-
1 bulan deposit sekuriti
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300 13 7862 atau emel kami di customerservice@punb.com.my