SAFE
SUSTAINABLE ASSISTANCE FOR FLOOD AND ENVIRONMENT DISASTER
-01.jpg)
Apa itu SUSTAINABLE ASSISTANCE FOR FLOOD AND ENVIRONMENT DISASTER (SAFE)?
SAFE merupakan inisiatif pembiayaan pemulihan khusus untuk perniagaan Rakan Usahawan PUNB yang terjejas akibat banjir atau bencana alam yang lain.
OBJEKTIF
-
Membantu dalam pembaikan semula premis perniagaan
-
Memperbaiki aliran tunai perniagaan
-
Memastikan kelangsungan perniagaan seperti sedia kala
PAKEJ PEMBIAYAAN
Jumlah Pembiayaan
Maksimum sehingga RM350,000
Skop Pembiayaan
a) Mesin dan peralatan
b) Pertukaran lokasi perniagaan ke kawasan berisiko rendah
c) Pengubahsuaian premis sedia ada atau lokasi baru
d) Stok
e) Perbelanjaan operasi (maksimum 3 bulan)
Tempoh Pembiayaan
5 tahun maksimum (termasuk 6 bulan tempoh penangguhan ke atas prinsipal sahaja)
Kadar Keuntungan
2.0% setahun berdasarkan kadar rata
Tempoh Ketersediaan Pembiayaan
Bermula dari tarikh pengumuman atau/sehingga keseluruhan pembiayaan telah disalurkan (mana-mana yang terdahulu).
SYARAT KELAYAKAN
1. Terbuka kepada Rakan Usahawan PUNB sedia ada yang terjejas akibat bencana
2. Tidak termasuk perniagaan di bawah status pemulihan kredit
PROSES PERMOHONAN
-
Permohonan dilakukan secara dalam talian di portal SAFE.
-
Lengkapkan maklumat permohonan.
-
Pegawai Pemantau akan menilai bagi kelulusan oleh Jawatankuasa Penilaian.
-
Serahan dokumen tawaran pembiayaan oleh PUNB.
-
Pengeluaran dana.
*Tempoh proses permohonan adalah maksimum 3 minggu (waktu bekerja) berdasarkan penyerahan maklumat yang lengkap
CAJ YANG AKAN DIKENAKAN:
(ditolak daripada pembiayaan)
-
Yuran setem
-
1 bulan deposit sekuriti
-
Takaful premis untuk 1 tahun atau RM2,000 (yang mana lebih rendah)
-
Takaful atas pembiayaan
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300 13 7862 atau emel kami di customerservice@punb.com.my