Flyers PENJANA KPT_CAP.jpeg

OBJEKTIF

1.    Memperkenalkan keusahawanan sebagai salah satu cabang kebolehpasaran graduan.
2.    Melengkapkan graduan dengan ilmu perniagaan dalam talian secara asas & teknikal sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang sebenar.
3.    Membangunkan graduan dengan ilmu keusahawanan yang komprehensif.

SYARAT KELAYAKAN

1.    Graduan bumiputera di Universiti Awam, Politeknik & Kolej Komuniti.

2.    Graduan peringkat pengajian Sarjana Muda / Diploma / Sijil (Graduan peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 bagi Politeknik dan Kolej Komuniti sahaja).

3.    Graduan tahun 2021, 2020 & 2019 yang masih belum bekerja.

4.    Belum ditawarkan sebarang program dibawah PENJANA.

5.    Berumur 30 tahun dan ke bawah serta mengikut tarikh lahir.

6.    Bersedia untuk mengikuti program yang ditetapkan secara sepenuh masa.

7.    Berminat untuk menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

FAEDAH KEPADA PELATIH

1.    Elaun sara hidup RM1,000.00.
2.    Pendedahan dalam ilmu perniagaan secara atas talian bagi menghadapi situasi perniagaan masa kini.
3.    Pembelajaran keusahawanan yang komprehensif.
4.    Pemantauan selama 4 bulan.
5.    Sessi Biz - Konsultansi dari PUNB.
6.    Peluang mendapatkan pembiayaan perniagaan PUNB bagi yang layak.
7.    Berpeluang menyertai program JUMPER PUNB.

Sebarang pertanyaan, sila emelkan ke penjana_cap@punb.com.my