SPUR 

(SKIM PEMBIAYAAN USAHAWAN TERKESAN COVID-19)

Jumlah pembiayaan RM 50,000 hingga  RM 100,000

New Illustration (PUNB)-01.jpg

Untuk semak status permohonan SPUR, sila klik di sini

PENGENALAN

Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan COVID-19 atau SPUR merupakan sebuah inisiatif baharu daripada PUNB dalam usaha membantu individu Bumiputera untuk menceburi bidang perniagaan akibat kehilangan pekerjaan ekoran penularan pandemik COVID-19

OBJEKTIF

  •  Meningkatkan penglibatan Bumiputera dalam bidang keusahawanan.

  • Menyediakan kemudahan dari aspek kewangan dan pembangunan keusahawanan.

  • Memastikan usahawan dan perniagaan Bumiputera kekal berdaya saing dan berdaya tahan.

  • Mempergiat aktiviti perniagaan dan meningkatkan ekonomi.

Jumlah Pembiayaan

RM50,000 - RM100,000

Tempoh Pembiayaan

Sehingga 5.5 tahun  
(termasuk 6 bulan moratorium)

Kadar Keuntungan

3.5% setahun berdasarkan
kadar baki bulanan 

SYARAT KELAYAKAN

Usahawan

  1. Individu Bumiputera yang telah hilang pekerjaan akibat penyusutan ekonomi ekoran penularan wabak COVID-19.

  2. Berumur antara 18 hingga 55 tahun ketika memohon

PERNIAGAAN

  1.  Ingin memulakan perniagaan atau telah beroperasi (pendaftaran selepas Mac 2020)

  2. Menjalankan perniagaan sepenuh masa 

  3. Dimiliki dan diterajui sekurang-kurangnya 70% oleh Bumiputera

  4. Entiti milikan tunggal/perkongsian/Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)/Sendirian Berhad

  5. Perniagaan dari rumah atau beroperasi dari premis perniagaan

  6. Perniagaan dalam bidang peruncitan/pemborongan/pembuatan & kejuruteraan

  7. Patuh Syariah

KEISTIMEWAAN PEMBIAYAAN

1. Latihan dan Pembangunan Usahawan
Kursus dan latihan disediakan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan usahawan dalam bidang pengurusan kewangan, pemasaran, tadbir urus korporat dan pengurusan am.

 

2. Sewaan Hartanah PUNB 
Usahawan berpeluang untuk menjalankan perniagaan mereka (jika ada) dengan kadar sewaan 
yang kompetitif. 

 

3. Ibra’ Pembiayaan 
Ibra’ (rebat) sehingga 50% daripada jumlah pembiayaan akan diberikan kepada pembayar pembiayaan 
yang baik (tertakluk kepada terma & syarat)

 

PROSES PERMOHONAN

1.  Permohonan di buka selama tempoh 1 bulan secara atas talian di portal rasmi PUNB.

2.  Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pembiayaan di pautan www.punbbiz.com.my

3.  Setelah mendaftar, pemohon perlu memuat naik dokumen dan pautan video perniagaan yang diperlukan untuk proses penilaian. Sila pastikan pemohon menghantar dokumen yang lengkap mengikut kategori pilihan pembiayaan.

4.  Proses penilaian dan penyemakan dokumen permohonan akan di nilai oleh jawatankuasa penilaian PUNB.

5. Pemohon yang berjaya akan dihubungi untuk membuat pembentangan Rancangan Perniagaan dan video perniagaan bagi sesi penilaian oleh juri penilai.

6. PUNB akan menghubungi pemohon melalui panggilan telefon, emel atau SMS bagi memaklumkan status kelulusan permohonan untuk proses seterusnya tandatangan dan serahan surat tawaran pembiayaan.

Pengeluaran Dana

Setelah kesemua dokumen dan syarat pengeluaran dana dipenuhi dan mendapat kelulusan bagi pengeluaran dana, PUNB akan menyalurkan pembiayaan kepada usahawan yang layak bagi tujuan yang telah dipersetujui.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan PUNB di talian 1300 13 7862 atau emel kami di customerservice@punb.com.my